Translate

Saturday, December 13, 2014

PERTH - part 3

Ambil masa jugak aku nak post part 3 ni ye huhuhu.Takpa takpa jom kita redahhh haha.

5. AQWA (Aquarium of Western Australia)
Info: Dibina sejak tahun 1988, terletak di Hillarys, WA. Open daily, 10.00am - 5.00pm. Tiket masuk: Dewasa $30.00 child $18.00. AQWA so aku takyah cerita lah apa yang menarik dan comelnya kat sini. Terletak memang betul-betul dekat laut dia. Sebelum kau masuk pun kau dapat cuci mata dengan view landskap luaran yang sangat refreshing.
p/s: Lupa nak habaq pasal currency, check THIS out for currency ye adik, akak, abang, pakcik makcik =)

Sebelum ke AQWA, kami ke Fremantle Lighthouse dulu. Angin yang sangat-sangat kuat sebab betul-betul berada di tengah lautan (mampu buatkan manusia terbang bila musim windy agaknya lol) *boleh tahan jugak aku ni pakai sweater LA while in Aussie. 
Basically, mana-mana akuarium sama je interior design nya. Yang beza ikan-ikannya (perhaps?)

Untuk part ni aku tak cakap banyak, hanya bagi gambar-gambar je. After all, AQWA is a must place to go sebab memang ada lainnya AQWA ni dengan akuarium di tempat-tempat lain. Yelah, setiap tempat ada tarikan masing-masing. Tak gitteww?


6. SORENTO QUAY
Info: Terletak di Hillarys Boat Harbour jugak. Kalau dari AQWA tu jalan kaki 10minit camtu lah (kalau tak silap hihi pasai aku naik kereta jee). Sorento Quay ni antara tempat paling famous bagi pelancong. Terletak 20 minit dari barat laut Perth dan menghadap ke Lautan Hindi. Pemandangan yang sangat cantik, environment yang sangat menenangkan, terdapat jugak kedai-kedai yang sangat membuatkan shopaholic tak menang tangan dan sebagainya yang mampu membuatkan manusia lupa diri seketika (lol crap). Kau tengok jela gambar untuk menggambarkan how amazing this place is for tourists =)

Okay. Sebelum sambung perjalanan haruslah picnic kejap since it was lunch hour duh. Takda energy camne nak jalan? Mampu nak ngesot? Hah sudahh. Anyway, sangat digalakkn untuk bawa bekal yang kau masak sendiri dari rumah, walaupun makanan halal tu senang nak jumpa tapi why not jimat sikit duit untuk shopping? Kannn

Pemandangan sepanjang Hillarys Boat Harbour menuju ke Sorento Quay Boardwalk.
Antara kedai dalam Sorento Quay. Banyak korang boleh shopping // cuci mata dalam ni.

Aku tak shopping...

But...
Aku beli bellisimo gelato je duhhhh. Cuaca panas but windy ( I dont know how to describe the weather) pekena gelato masyuk sangat.  Nate apa pulok gelato??
Huhhh nate ni lerrrr. Icecreammmmm. The best icecream ever! Terliur tak tak takk?? Hehe. Dekat Malaysia macam takda or aku yang tak pernah jumpa ke entah lah.  (kalau ada tolong suggest pada aku ye)
Dekat Sorento Quay ni aku tak snap banyak gambar pasai duk terpesona tengok pemandangan dia, memang sangat terpesona seriously talk ni. So, aku curi sikit gambar dari Google hehehehe =)



-With that, done part 3-




Wednesday, December 3, 2014

PERTH - part 2



Hari seterusnya berada di Perth bangun-bangun je Ahad dah. So apa nak dibuat pada hari Ahad ni? Its family day yoo! So.......

3. CANNING VALE MARKETS
Info: Bangun awal pagi pastu takda apa nak dibuat? Sini lah destinasi yang perlu dituju! Sambil amik angin pagi sambil cuci-cuci mata lihat beratus-ratus gerai yang jual pelbagai barang dari yang brand new, second hand hingga ke barang antik. Ditubuhkan sejak tahun 1990, beroperasi setiap Ahad dari jam 7.00am hingga 1.00pm, terletak di Selatan St dan Bannister Rd. Semakin hari semakin berkembang dan menarik lebih ramai pengunjung katanyaaa. Walau nampak macam market biasa-biasa, tapi ramai pelancong datang membeli bro! Suasana yang meriah dan sibuk, dan sangat happening untuk shopping tanpa berkira-kira bajet kau hikhik


Morning facessss! 

Kids nowadays...

Hah ni lagi sorang minah niiii hahahaha

Haaaa ni lah rupanya market ni dari dalam. Besar kawasan ni sebenarnya, ada bahagian dalam ada bahagian luar. Memang takkan puas kalau tak tawaf 2-3 kali kahkahkah tu pun kalau kau mampu lah kakk oi nak berjalan 


Taraaaa!!! Us! That charm bracelet on my left hand and my red hangbag tu aku beli dari market. Right hand tu loom band. Waktu ni loom band sedang up di Australia, dah lama-lama sikit baru famous dekat Malaysia. Lambat sangat trending nii huuhu -.-

4. VICTORIA PARK
Destinasi: Top Quality Halal Meats - St James, Victoria Park
Info: Nothing much. Terletak dekat dengan pintu masuk foodcourt di Victoria Park ni. Open 7 days in a week, 8.00am - 6.00pm. Antara sumber kalau rasa kau ngidam nak makan sosej besar-besar, nak yg bercheese, black paper ke apa ke, segala benda ada. Nak daging yang fresh dan dijamin halal, datang sini. Harga? Kalau kau Malaysian mungkin boleh runding lah pasai owner kedai ni hati baik duhhh kengkawan je niii huhu. Seingat aku owner dia pun Malaysian kott hah


Sebelum berjalan jauh-jauh lagi, haruslah isi perut dulu. Perut kenyang hati pun senang maaa takdalah emo-emo kang nak shopping lol -.- Em aku lupa apa nama foodcourt ni, tapi memang foodcourt Victoria Park. Kalau kau tiba-tiba mengidam nak nasi lemak Malaysia ke apa ke, kat sini semua boleh dapat. Tak sia-sia datang jauh-jauh kan? Heee 

Haruslah gambar aku sendiri hehehe. Depan kedai meats pun bolehh duhhh (Y)

Hah nahh! Pilih-pilih. Aku tengok gambar ni pun terliur weh sambil membayangkan sedapnya kalau dapat bbq sekarang ni. Geramnyaaaaa uhukk

No no no. Jangan pikir bukan-bukan. Semua benda dalam kedai ni halal ok kalau dah nama pun Top Halal Quality Meats :)

Mommy, Makngah dan Muksu. Tiga belang? Kau rasa?? Hihii. Ni namanya semangat adik kakak bro oi

Hahh kedai meats tu memnag located depan betul dengan foodcourt. Kalau korang nak cari nanti dapat agaklah kot dekat kawasan mana based pada gambar ni. Heeee comel mama I =)

-Okay. Done part 2-

Sunday, November 30, 2014

PERTH - part 1

Kenapa Perth part 1 bukan Perth day 1?? Errmmm sebab ni entry throwback. So, aku ambil je mana-mana gambar dari gallery hanya untuk kongsi dan cerita tempat-tempat aku pergi, which is not day to day but random je. Ahh aku pun taktahu nak cakap camne, layan jela gambar ye dok? Ngeee

1. CAVERSHAM WILDLIFE PARK
Info: Antara tarikan pelancong yang paling menarik di Perth sebab dekat sini terdapatnya hidupan liar asli di Barat Australia (Western Australia). Dimana korang boleh bagi kangaru makan, main kejar-kejar pun boleh nak oi asalkan kau tak kena tendang sudahhh. Banayk lagi benda menarik dalam ni, koala, boleh sentuh lagi tuuu, emmm ada demo rutin kerja mereka dari penjaga biri-biri, dan pelbagailah (google sendiri :p )

Ewahhh. Kau tengok kepochis berjalan penuh gaya. Kahkah
Aku atau joey tu lagi comel?? Hakhak. Thats my cousin anyway, Ika =)
Koala bro!! Yang tu terkurung so u cant touch it. Kau nak selfie-selfie kau tunggu satttt
Puksu and my lil bruh, angah with the kangaroos 
Meeee!! Geramnyaaaa banyak kangaroo kalau boleh nak bawa balik Malaysia satuuuuu
Eehhh pa cita bergambar syok sendiri?? Waktu ni koala tu lari duhhhh. Seram sangat ke aku niii tsk tsk. Bengang jugak mat salleh semua dok tengok aku syok bergambar sensorang rupanya koala lariiiii -.-


Hmmm tapi at last dapat pun snap dengan koala. Cuma koala yg dgn  aku ni tak boleh sentuh pasai dia baru vaccinate ke apa entah (kau cuma boleh sentuh koala dengan belakang tangan sebab binatang ni jenis cepat affected by hygiene) gedik sgt -.-

Proses membotakkan bulu kambing biri-biri dan sesi belajar menyusukan anak-anak ye. 

2. FREMANTLE WAR MEMORIAL PARK
Info: Taman ni dibina ketika tahun 1928, terletak di Tugu Hill di Fremantle, dikelilingi oleh taman-taman yang cantik dan menghijau. Dari atas park ni korang boleh tengok kawasan Fremantle 360 darjah dimana kau nampak segalanyaaa bro. Tugu ni sebagai memperingati Perang Dunia I dan II, Perang Korea, Darurat Malaya dan Vietnam War, so sambil kau cuci mata tengok keindahan, sambil-sambil tu boleh belajar benda sejarah ni hihi. 30 minit dari bandar dengan keretapi atau bas biasa, 20 minit berjalan kaki dari stesen keretapi atau bas. Aku naik kereta jeee so senang sangat hidup =) 


Dah penat-penat berjalan, berpiknik pulak ktorang niiii. Tengok tu hah semua muka kelaparan. Strategik sangat picnik dekat memorial park ehheheeh
Permandangan yang sangat cantik dan menenangkan. Agak-agak stress sebab pngk merosot boleh datang sini hihihi (Y)
Thats mommy anyway, sebab gambar aku jelekkk (buruk tahu?)

Permandangan atas bukit ni adalah sangat-sangat cantik terutama wkatu-waktu senja gitu. Nice so nice bro!
Seee?!! Very calming view kan? I told ya =)

-Okay. done for part 1-