Translate

Thursday, April 9, 2015

BBQ with the family!

Hai. Selama ni update tentang benda-benda random sebab kononnya tak nak share pasal diri dan kehidupan sendiri. Bad feeling?? Uih capui naa hampa ni. Jadinya kali ni nak kongsi aktiviti terkini baru aku. Apa buat? Bbq wehhh. Family? Idok ler. Dengan coursemates aku yang so called my family. Hihihi. Pada post aku yang sebelum ni ada tempek gambaq friends dekat tepi pantai. Tak sangka aku dapat tempek gambar kengkawan sendiri yang serupaaa!! Kahkahkah nice shot! (nak posting up ni baru perasan gambaq comel je sama trolololo)

Introducing, Sal (girl in green bawal), Zira (girl in pink // Leyman's hihi), Ecah (in blue bawal), me (stripes scarf), Leyman (with shades), Jay (with spectacles),  Ona (in black bawal).... and one more person...
Anip (yang memanggang dari awal sampai habis kerja) lol =)

Kali ni Faris tak dapat ikut. Kadet palapes kata kauuu busy memanjang mak jemah oii. 
Mesti duk tanya-tanya mana aku pergi? Dekat mana ktorg buat bbq ni. Cantik ke idok tempatnya. Bersih ke luas ke indah ke. Hah gitteww. Untuk pengetahuan korang, korang dan korang, ktorg buat bbq ni dekat Pantai tanjung Aru. Dekat mana? Dekat Sabah bah, Kota Kinabalu. Dari UMS dengan berkereta mengambil masa kira-kira 10-15minit (without traffic jam). Ngam sangat waktu ktorg pergi ni tak penuh orang pasai hari Rabu orang kerja. Tempat yang cantik dan bersih. Sunset pun korang boleh tengok dari sini dengan jelas. Sangat jelas okay. Cantik. Air yang bersih untuk korang mandi tanpa ragu-ragu. Serius ni. Tak percaya tengok ni hah

Gambar dari Google je mampu pasai dah sibuk sangat makan waktu ni
Bila dah kenyang, berendam lah kita. Lepas berjam-jam berendam, perut kembali lapar. Maka naik ke darat. Memang tunggu sunset jugak waktu ni. Sempat snap beberapa keping gambar walaupun tak nampak sangat sunset nya dah. 
CANDID. Main tibai je gaya pelik-pelik. Well, yang pelik tu lah aku, as usual. 
Fying highhhh (walau tak lompat k)
 Jyeah we had soooo much fun! (okay english). Dari tak kenal, jadi kenal. Bila dah kenal, lepak, keluar, makan sama-sama. Terus jadi rapat. Bila dah rapat, masing-masing dah kenal perangai masing-masing. Mana yang manja, mana yang garang, mana yang kuat sentap (aku), mana yang childish, mana yang sangat prihatin macam bapak. Sekarang, terasa macam ada keluarga sendiri dalam kampus ni. Ada tempat mengadu, ada tempat nak luahkan segala perasaan dan isi hati, ada tempat nak pinjam duit bila terdesak (kikiki), ada bahu yang aku boleh nangis teriak sesuka hati, dan segalanya lah! Mungkin waktu sem 1, semua malu nak tunjuk siapa diri sebenarnya. Konon ayu, konon comel, konon matang, konon gentle, semualah konon kannn. Bila dah jadi so called family ni, no more secrets. Yeay, that's it. Itu yang kita nak dalam sesebuah persahabatan. Walaupun baru sem 2, aku harap sangat persahabatan camni kekal sampai ke akhirnya.

-instrumental ends-

Lepas dah habis tengok sunset, berkemas lah semua. Mandi bersihkan diri. Perut lapaq. Sempat singgah makan dekat Tanjung Lipat pulak (uih banyaknya tanjung kat Sabah ni lol). Tanjung Lipat ni memang sehala perjalanan balik ke UMS so tak jadi masalah. Tanjung Lipat ni jugak port biasa ktorg makan malam ramai-ramai. Sambil makan, sambil tenangkan fikiran dari assignments segala natang tuu (course ktorg sentiasa memenatkan) dengan air laut yang menenangkan. Dengan itu, habis cerita kali ni (lol apa ni cerita tergantung hahahahaha). 

p/s: Sorry not sorry. It's 1030pm now and baru sedar yang aku kena pack up baju dan barang-barang sebab esok ada kem IT di Ranau selama 3 hari. Tunggu aku hingga ke post seterusnya ya! Much love xoxo =)