Translate

Tuesday, April 21, 2015

Kiulu White Water Rafting

Minggu lepas sibuk kem IT, minggu ni sibuk ber-rafting pulak naaaa. Poyo macam aktif sangat je aku ni dalam kolej, padahal acah-acah je lebih kihkihkih. Moh moh. Aktiviti kayak yang aku ikut ni bawah anjuran Kelab Rexus Kolej Kediaman E, UMS. Dan aku adalah salah satu ahli aktifnyaaaaa sebab rajin pergi join-join program yang Kelab Rexus ni buat (hakikatnya sebab terlampau bosan duduk mereput dalam bilik je taktahu nak buat apa dah) dan aku memang suka benda-benda lasak ni. Kelab Rexus ni memang aktif, buat program riadah sana sini, panjat sana, lompat sini, terbang melayang, menyelam, senang cerita segala benda Kelab Rexus cuba nak buat setiap semester. So, kali ni ktorg berkayak di Sg, Kiulu, Tamparuli, yang mengambil masa 1-2 jam perjalanan dari UMS. Very recommend for rafting, 5 stars! =)

Sg. Kiulu
Memang syok sangat tempat berkayak ni. Waktu ktorg datang ni air dia jernih dan paras air tak dalam sangat sebab dah lama tak hujan. Kalau sehari dua sebelum ni hujan, paras air dia mungkin tinggi dan berwarna coklat ala-ala teh ais gittew hah. Paras air tak tinggi pun boleh tahan derasnya, kau bayangkan bila musim hujan nanti omg omg. But luckily, masin mulut aku nak merasa rafting dalam hujan, separuh perjalan ktorg rafting ni hujan pun turun....makin lama, makin lebat. Wahhhh syiokk bahhh huhu. 

Ktorg lalu lebih kurang 5 checkpoints, setiap checkpoint ada berhenti untuk turun berenang, nak kuak lentang ke rama-rama ke sukahati kau nakk oii. Disebabkan orang-orang dalam raft aku semua jenis mulut bising dan kepala gila, raft ktorg diterbalikkan awal-awal checkpoint lagi padahal rafter lain tak berani nak buat, pastu semua duk gelabah memekak nak naik bot bila dengar ada lintah dalam sungai tu lol bangang ke apa namanya. Tapi kalau dah takut, terpikir geli lembik-lembik tu memang tak pikir logik tak logik, menjerit je yang aku ingat waktu tu. Selamatkan aku, selamatkan aku. Macam orang nak lemas separuh nyawa je lahaii. Pastu boleh suka pulak ditolak ke dalam sungai setiap checkpoint (gembira tak terkata macam budak-budak jumpa air walaupun hidung dah sakit-sakit masuk air).

Di awal checkpoint masing-masing excited tak basah habisss. Muka yakin je aku duduk depan tu hehe
Orang lain duk mendayung, aku lambai-lambai tangan kat cameraman mintak ambil gambar 
Full faces, my raftmates and raft captain, Bro Jasper 
Muka captain tu bengang je ktorg bising gelak-gelak, yang banyak mendayung dia je hahahaha :D
Untuk 5 checkpoints, ktorg ambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke end point. Agak lama sebab nak meredah hujan hujung-hujung tu kan.

My raftmates (Rozaimie, Ilham, me and Effa). Tengok tu air sungai berubah warna coklat sebab baru lepas hujan.


Bah bah. Dekat end point tu memang hujan lebat sangat, nak terus bercuci tukar baju pun macam tak berbaloi. So, ktorg makan tengahari dulu sementara tunggu hujan berhenti, pastu tukar baju. Dan sebelum balik sempat lagi bergambar, nasib baiklah dah tak hujan kan huhu. Had so much joy even it was tiring day! =)

xoxo, 
farah