Translate

Tuesday, April 14, 2015

UMS Intec

Pada entry yang lepas aku ada cerita tergantung sebab gelabah sangat nak pack up barang kem kan? So kali ni aku nak cerita pasal kem IT ni pulak ok.

Kem IT ni anjuran kelab fakulti aku sebenarnya, iaitu Kelab UMS Intec. Kira ni bawah universiti punya aktiviti tapi budak-budak kelab Intec ktorg yang urus semua benda dari awal hingga hujungnya. Kem IT ni bukan ktorg yang hadir kursus dengar ceramah ke apa ke, no. Kem IT ni ktorg yang buat program kat sekolah luar, SMK Lohan Ranau. Motif utama kem ni adalah untuk bagi pendedahan kepada budak-budak sekolah luar bandar ni mengenai IT masa kini. Senang cerita datang jadi fasi kat sekolah luar. Hah gittew.

Siang cuaca panas macam biasa, tapi bila malam sejuknya tak terkata weh. Yelah dekat gunung kan. 3 hari 2 malam duduk sana, senior-senior yang sebelum ni memang tak kenal, dengan tiba-tiba je tidur sekatil. Dari tak kenal nama tak kenal muka, terus kenal gaya tidur masing-masing dah. Kahkahkah. Okay, tak perlu rasanya aku senaraikan semua benda kannn. Pasai aku bukan buat laporan kem, aku update blog je wehhh. K sedar.

Perkenalkan orang kuat sepanjang kem ni, Kakak Fazreen Timb. Pengarah Kem IT (perempuan berdiri berbaju merah kelabu bertudung purple) dan Abg Kamarul Presiden UMS Intec (lelaki berbaju hijau putih bertopi hitam).
Antara kakak/abang fasi bersama adik-adik SMK Lohan Ranau
Hmmmmmmmm
................
.....
Aku tak banyak gambar sepanjang aktiviti kem IT ni. 
Gambar sepanjang aktiviti tak publish lagi. 
So, gambar dalam hp je jadilah ye dak? Huhu

Selesai kem IT selama 3 hari. Maka, baliklah kami-kami ni ke UMS. Dalam perjalanan balik tu sempat singgah Kundasang jap, singgah Kinabalu Park jap. Dapatlah bergambar dengan berlatarbelakangkan view yang sangat harmoni. 


Uissshhh banyaknyaaaaa gambarrrr. Nah hadam satu-satu. LOL

Tempek dahi je, Tengok gunung-gunung tu. Cukup buat kau tenang? Ni view dari depan Kinabalu Park Ranau 
View di Kundasangggg. Indahnyaaa subhanallah weh !

Harap sangat akan ada lagi aktiviti-aktiviti camni pada masa akan datang. Dengan adanya aktiviti camni, ia membantu memperluas pandangan dan minda, selain merapatkan hubungan sesama kita. Lagipun sambil-sambil buat program, perjalanan balik tu boleh singgah tempat best-best kan?? Free-free je peluang. Hihi =)