Translate

Tuesday, December 15, 2015

FKI Dinner @ Shangri-La's Rasa Ria Resort and Spa

Assalamualaikum pembacaku yang setia! (setia ke? ihik)

Lama sunyi kan? Eh biasalah bila dah naik semester ni, banyak hal nak diuruskan. Walaupun tak sibuk dengan assignment, kuiz dan sebagainya, aku sibukkan diri dengan berjalan kesana kemari dengan kawan-kawan. Busy konon? Hek. Ha sekarang ni minggu-minggu akhir semester, mula lah sibuk dengan assignments yang selama ni 'ter'tangguh.

Dan satu lagi hal, lecturer kitorang memang suka sangat-sangat bagi assignment minggu last ni, minggu last kuliah ni lah nak siapkan segala lab test, nak buat segala report, segala benda, ditambah lagi assignments hmmmmm  (aih kuat mengeluh betul dak farah ni ek (mohon lecturers fki jangan kecam saya). Relax. Ni lah life study. Kalau bukan sekarang, bila lagi kan? Be positive. Okay sooooo back to topic hihihihi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hujung-hujung semester ni biasanya setiap fakulti semakin rancak mengadakan pelbagai aktiviti, antara aktiviti yang wajib ialah Annual Dinner fakulti kan? So fakulti aku pun ada lah buat dinner ni. Temanya 'Vintage' wehhhh. Dari awal dah sepakat dengan kawan-kawan takmau pergi dinner tu. Sebab antara benda kau kena pikir bila nak attend annual dinner:
  1. Baju kena ikut tema
  2. Baju nak glam dengan lace / chiffon / glitter / bead
  3. Kasut jenis high heels apa kau kena pikir
  4. Tudung nak kena padan dengan baju, pastu pikir lagi nak jenis kain apa, nak bercorak atau plain
  5.  Handbag lagi nak pikir
  6. Kasut?? Ahhh of course lahh
  7. Aksesori rantai, gelang tangan, cincin, kalau boleh satu badan kau nak berhias kan
  8. Makeup! Ha ni paling wajiblah. Sampai sanggup survey kat Sephora sebulan sebelum dinner, sanggup bersengkang mata survey online shop duk mencari barang-barang  make up. 
Daaaannnnnn setiap barang-barang yang disebut bukan nak yang biasa-biasa, mesti nak yang cantik bergaya, kalau dah cantik bergaya mestilah mahal kan?? Nah! Mana nak dapat $$$$$$ (kaaaching kaaching!) dik ooi. Well INILAH PEREMPUAN. Benda yang simple tapi di-complicated-kannya hahahaahhahhahah. So, sepakat taknak pergi dinner. Tunggu final year lah baru pergi kan? Okay setuju.

Taaapiiiiiii, tup tuppp 3hari sebelum dinner....................
Kitorang 'ter-agreed' untuk join dinner tu. Omg kau gila! 3 hari, apalah idea entire outfit kau? Apa aku dan kawan-kawan buat, kitorang buat tema sendiri iaitu 'Open Closet'. Haaa terbaik, 'vintage' jalan, tapi duit tersimpan baik-baik muehehehehhe.

Apa yang ada kitorang pakai, yang takda tu kitorang pinjam. Dan waktu ni lah kawan-kawan yang lain sangat berguna dimana sorang kau pinjam tudung, sorang lagi kau pinjam handbag, kasut? kalau muat pun pinjam jela asalkan nampak cantik kikikikiki. Dan hasilnya..............

Taraa! Ni lah dia tema 'Vintage' + 'Open Closet' yang terhasil tanpa keluar sesen pun hihihih
Blouse: Brands Outlet, Skirt:H&M, Handbag: H&M , Tudung: Rania ( yang sehelai RM10 tuuuu lol), Kasut: Bata
See?? Semua barang yang aku pakai pergi kelas weh. Takda nya nak tempah-tempah butik pasai den bukan orang kayo! Kihkihkih

 Haaa yang sorang dok meyengih ni bff aku Aishah namanya. Nama famous dia Jemah Idol pasai hampir semua orang kat UMS ni kenal dia hahahahahahahhahaha (abaikan newly married couple belakang kitorang tu hah)

 Oh yaaaa, Annual Dinner FKI 2015 ni berlangsung di Hotel ShangRi-La Rasa Ria, Sabah. Memang terbaiklahhhh wa cakap luuuuu bebbbb

Yang model lagi sorang ni Kak Bad, kakak kesayangan aku kat UMS ni hehehe. Jam 5 kami sampai, terus bergegas ke tepi pantai. Motifnya? Nak tengok sunset. Memang kata orang hotel ni strategik gila lah untuk kau honeymoon, relaxing, shooting ke. Sebab view dia memang cantik! Fuhhh. Kalau tak, takkan hotel rate 5 stars kan? Hehehe

Model-model dan background sunsetnyaaaa hihihihihi

Disebabkan sunset jam 6 macam tu, maka masuklah waktu maghrib bagi negeri Sabah. Apalagi, pergilah sembahyang maghrib kan. Jam 7 lebih, majlis pun bermula. Tentatif kitorang bermula jam 5 sebab diberi masa untuk bergambar, jalan-jalan dan tengok view yang cantik tu lah.

 Haaa ni lah sebahagian kawan-kawan aku pada majlis malam tu. Sayangnya, tak semua dapat datang kan. Dan ada yang datang pun, sibuk uruskan majlis. So tak semua lah dapat gambar bersama.


View dalam ballroom dan ketika majlis berlangsung. Aku duduk meja bahagian tepi. Masa ni memang otak bercelaru lah wehhh. Mana tak nya, memikirkan assignments yang banyak lagi tak siap, risaukan presentation jepun yang belum sedia lagi, short film yang tak terhantar lagi, banyak yang dipikirkan. Syok happy-happy sampai jam 11 malam baru balik. Ha amik kau dah balik mula lah serabut kerja itu ini tak siap, baju kotor banyak lagi tak cuci, kelas jam 8 pagi baju tak pilih/ iron lagi muahahahaahhahahahaha perempuan-perempuan ='D

So, apa tema annual dinner dan apa tips korang berbelanja? muehehehe. Beringat, bezakan antara keperluan dan kehendak. Jimat belanja! :)