Translate

Thursday, November 19, 2015

8am lecture

Di saat rakan bilik lena dibuai mimpi
Ku gagahkan diri ke bilik mandi
Tak cukup gagah namum masih gagah
Apa kau faham?
Setiap pagi, dari hari ke hari
Sejuk
Namun ku relakan diri
Bersiap
Untuk ke kelas setiap pagi hari

(Mood high kelas awal pagi 😂😴😷)

Monday, August 10, 2015

Suka, Sayang, atau Cinta


Hi. Setelah sekian lama dinda mereput, akhirnya dinda kembali ke pangkuan mu duhai kanda blog kesayangan (eh drama sangat pun nak pergi mana kak oi?)

Nothing. Walaupun semester breaks yang sepatutnya masa utuk kita bergembira, tenangkan fikiran, tetapi tidak bagi aku. Kerana ada beberapa hal yang sering bermain di benak fikiran, lagikan memaut hati nan gelisah. Sendiri terkenangkan nasib, siapakah mereka orang di sekeliling aku ketika ini.

Apa tujuan mereka hadir dalam hidupku, adakah membawa kebahagiaan atau membawa pengajaran. Telus atau tidak cinta dan sayang yang diungkapkan. Aku seolah mati dek cinta lama, itu hakikatnya. Namun ku palsukan senyuman yang terukir di depan dia, dia dan dia.

Aku seolah tak pasti apa yang aku mahukan, dan apa yang mereka mahukan. Kerana setiap mereka yang aku sayang dan takut kehilangan, akan tetap pergi dan menghilang. Kau rasa apa yang aku rasakan? Yep some of you might feel me right now.

Aku bodoh untuk membezakan mana yang asli, mana yang palsu, kerana mereka serupa namun isinya berbeza. Jika kehadiran mu itu asli dan ikhlas, doa semoga terbuka hatiku menerima apa adanya engkau. Jika kehadiran mu itu sebaliknya, jika ia palsu dan hanya mainan mata, aku berharap kau berhenti daripada kau akan menyakiti aku pada masa jangkau. Kerana sesunguhnya aku wanita selemah-lemah wanita. Dan aku tak kuat untuk melukai hati yang pernah terluka.


Aku sedar seusia aku hanya satu tujuan yang jitu, iaitu melaksanakan harapan ibubapa yang padu. Namun fitrah manusia, untuk mencinta dan dicinta. Yang ikhlas itu aku alu-alukan, yang sebaliknya itu aku hindarkan. Maaf dan Terima Kasih.


xoxo, farah

Wednesday, June 3, 2015

Karma.
Kau buat jahat, kau dibalas jahat
Kau buat baik, kau dibalas baik
Walaupun tak dibalas sekarang, bukan pada diri kau
Mungkin nanti-nanti, mungkin juga anak-anak dan keturunan kau.

Hidup
Sangat bernilai untuk disia-sia
Manfaatkan selagi ada masa
Selagi peluang diberi
Bersama kenangan dicipta.

Cinta
Sungguh indah tak terluah dengan kata-kata
Cinta dengan seikhlas hati
Dengan sejujur kasih
Pada dia yang menyinggah di hati.

Tapi...
Bila kesedihan yang dibalas
Tinggallah kasih
Tinggallah cinta
Jangan cari aku lagi
Pabila aku kau perlukan
Suatu hari kelak.

xoxo, farah

Monday, May 4, 2015

Relationship

Having the relationship of your dreams does not depend on luck - on the roll of the relationship dice. Its the result of knowing the right steps to take to create an enduring, fulfilling friendship with your partner.