Translate

Saturday, December 20, 2014

PERTH - part 5

Part kali ni part hujuuung trip dah. So, dah nak balik ni mana yang perlu kita pergi? Mestilah kedai souvenir nak oii.

9. SOUVENIR SHOP
Info: Souvenir shop yang aku pergi ni dekat Fremantle. Memang kalau cari souvenir akan datang sini walaupun jauh sikit. Most of the sellers bukan Australian. Kau faham-faham jela orang kalau nak cari rezeki sanggup datang dari jauh asalkan jumpa punza rezeki (sampai tak maksud aku ni? huhu)

Sajaaa. Nak jugak tempek gambar banyak-banyak (bcs this is my blog lol). 

 Well. Macam biasa, mama is my model segala model. 

Selepas shopping barang souvenir, kami pergi jalan tepi laut. Perth ni memang pergi mana-mana laut je pasai dia kawasan tepi Western Australian. Pergi mana-mana, perjalanan balik tu mesti kena singgah tepi laut. Mesti! Dan malam tu, kami ada buat bbq. Keluarga dan kawan-kawan makngah/pakngah semua datang.  

Fyi, Australian ni dorang punya taman dorang buat belakang rumah. Konon privay lah gittew. Kau nak melepak, nak berenang dalam pool, nak sunbath pun rasa yakin dan selamat je.
Huh awok-awok pilih nak yang mana. Pure Malaysian, atau yang ada mix Indonesian, atau yang ada mix Italian sikit? PM for booking lol jk



Kecomelan kanak-kanak ni semua memang tak dapat dinafikan. Memang mintak cubitt jeeeee! Malam tu memang aku tak join sangat the adults, tapi aku join the kids! Haha yeah childish ikr.


10. CICERELLOS'S 
Info: Cicerello's ni kedai makan. Terletak di Fremantle Fishing Boat Harbour. Nak melantak seafood sedap-sedap, sinilah tempatnya. Main course dia fish & chips. Tapi kau nak cuba yang lain pun tak jadi masalah bro.



-With that, habis lah preview Perth trip kali ni-

Monday, December 15, 2014

PERTH - part 4

Disebabkan setiap part aku preview hanya 2 tempat, so banyak lah part aku kena buat ni. (uih menyesal pulak pasai aku typing and posting up memang makan banyak masa).

7. HARBOUR TOWN
Info: Harbour Town ni tempat shopping centre. Malaysia pun ada Harbour Town ni. Memang takda benda lain selain tempat untuk kau beli-belah. Korang akan jumpa semua jenama yang on top of the world (seperti Levi's, Ojay, Everlast, Nike, Esprit, etc) pada harga terbaik.  Open 7days in a week. Terletak di Wellington Street, WA. 

Tak dapat snap banyak gambar pasai masing-masing sibuk memilih barang dan terus memilih . We are 'don't bother while shopping' kinda family (serius duhh).

And...
We had our lunch at Ispa Kebabs kebabommm bcs it ready and go pasai pasni nak pergi tempat lain pulak (we were race against time sbb nak kena fetch up my cousins dari sekolah)

After fetched up my cousins, kami pergi ke tepi beach di Fremantle ni. Its not very recommend for tourists sebab tempat ni sesuai untuk melepak, jogging (lebih kepada aktiviti riadah camtu). Badly, aku lupa apa nama beach and seaside ni. Once aku dah ingat, aku re-update post ni. Okay?


8. MARITIME MUSEUM
Info: Sebenarnya, kami ke sini bukan ke muzium. Tapi, pergi memancing (okay lol dalam hati ni). Disebabkan dah banyak sangat berjalan, this is the time for relaxing our body and mind (its abt end of our holiday). Tempat memancing ni belakang muzium sebab tu aku guna Maritime Museum as my trademark. *Dekat tempat sendiri tak pernah memancing, sampai sana terus nak memancing -.- 

Outfit of the day. Kahkah

Hah ni lah view kat tempat memancing tuuuuu. Siapa cakap mat salleh tak go fishing?? Perempuan pun ramai yang pergi memancing waktu tu. Ni lah antara aktiviti berfaedah untuk mengisi masa lapang sambil-sambil tambah kenalan (dekat sini kau boleh gain friends sebab dorang semua very friendly!). And surely fishing would not get you bored. 

Sementara menunggu hasil tangkapan, why not kita jalan-jalan ke kawasan muzium sambil ambil gambar?? Hah =)
Tak dapat masuk muzium, bergambar dari luar pun jadilahhhh hihihi

-end part 4-


Saturday, December 13, 2014

PERTH - part 3

Ambil masa jugak aku nak post part 3 ni ye huhuhu.Takpa takpa jom kita redahhh haha.

5. AQWA (Aquarium of Western Australia)
Info: Dibina sejak tahun 1988, terletak di Hillarys, WA. Open daily, 10.00am - 5.00pm. Tiket masuk: Dewasa $30.00 child $18.00. AQWA so aku takyah cerita lah apa yang menarik dan comelnya kat sini. Terletak memang betul-betul dekat laut dia. Sebelum kau masuk pun kau dapat cuci mata dengan view landskap luaran yang sangat refreshing.
p/s: Lupa nak habaq pasal currency, check THIS out for currency ye adik, akak, abang, pakcik makcik =)

Sebelum ke AQWA, kami ke Fremantle Lighthouse dulu. Angin yang sangat-sangat kuat sebab betul-betul berada di tengah lautan (mampu buatkan manusia terbang bila musim windy agaknya lol) *boleh tahan jugak aku ni pakai sweater LA while in Aussie. 
Basically, mana-mana akuarium sama je interior design nya. Yang beza ikan-ikannya (perhaps?)

Untuk part ni aku tak cakap banyak, hanya bagi gambar-gambar je. After all, AQWA is a must place to go sebab memang ada lainnya AQWA ni dengan akuarium di tempat-tempat lain. Yelah, setiap tempat ada tarikan masing-masing. Tak gitteww?


6. SORENTO QUAY
Info: Terletak di Hillarys Boat Harbour jugak. Kalau dari AQWA tu jalan kaki 10minit camtu lah (kalau tak silap hihi pasai aku naik kereta jee). Sorento Quay ni antara tempat paling famous bagi pelancong. Terletak 20 minit dari barat laut Perth dan menghadap ke Lautan Hindi. Pemandangan yang sangat cantik, environment yang sangat menenangkan, terdapat jugak kedai-kedai yang sangat membuatkan shopaholic tak menang tangan dan sebagainya yang mampu membuatkan manusia lupa diri seketika (lol crap). Kau tengok jela gambar untuk menggambarkan how amazing this place is for tourists =)

Okay. Sebelum sambung perjalanan haruslah picnic kejap since it was lunch hour duh. Takda energy camne nak jalan? Mampu nak ngesot? Hah sudahh. Anyway, sangat digalakkn untuk bawa bekal yang kau masak sendiri dari rumah, walaupun makanan halal tu senang nak jumpa tapi why not jimat sikit duit untuk shopping? Kannn

Pemandangan sepanjang Hillarys Boat Harbour menuju ke Sorento Quay Boardwalk.
Antara kedai dalam Sorento Quay. Banyak korang boleh shopping // cuci mata dalam ni.

Aku tak shopping...

But...
Aku beli bellisimo gelato je duhhhh. Cuaca panas but windy ( I dont know how to describe the weather) pekena gelato masyuk sangat.  Nate apa pulok gelato??
Huhhh nate ni lerrrr. Icecreammmmm. The best icecream ever! Terliur tak tak takk?? Hehe. Dekat Malaysia macam takda or aku yang tak pernah jumpa ke entah lah.  (kalau ada tolong suggest pada aku ye)
Dekat Sorento Quay ni aku tak snap banyak gambar pasai duk terpesona tengok pemandangan dia, memang sangat terpesona seriously talk ni. So, aku curi sikit gambar dari Google hehehehe =)



-With that, done part 3-




Wednesday, December 3, 2014

PERTH - part 2



Hari seterusnya berada di Perth bangun-bangun je Ahad dah. So apa nak dibuat pada hari Ahad ni? Its family day yoo! So.......

3. CANNING VALE MARKETS
Info: Bangun awal pagi pastu takda apa nak dibuat? Sini lah destinasi yang perlu dituju! Sambil amik angin pagi sambil cuci-cuci mata lihat beratus-ratus gerai yang jual pelbagai barang dari yang brand new, second hand hingga ke barang antik. Ditubuhkan sejak tahun 1990, beroperasi setiap Ahad dari jam 7.00am hingga 1.00pm, terletak di Selatan St dan Bannister Rd. Semakin hari semakin berkembang dan menarik lebih ramai pengunjung katanyaaa. Walau nampak macam market biasa-biasa, tapi ramai pelancong datang membeli bro! Suasana yang meriah dan sibuk, dan sangat happening untuk shopping tanpa berkira-kira bajet kau hikhik


Morning facessss! 

Kids nowadays...

Hah ni lagi sorang minah niiii hahahaha

Haaaa ni lah rupanya market ni dari dalam. Besar kawasan ni sebenarnya, ada bahagian dalam ada bahagian luar. Memang takkan puas kalau tak tawaf 2-3 kali kahkahkah tu pun kalau kau mampu lah kakk oi nak berjalan 


Taraaaa!!! Us! That charm bracelet on my left hand and my red hangbag tu aku beli dari market. Right hand tu loom band. Waktu ni loom band sedang up di Australia, dah lama-lama sikit baru famous dekat Malaysia. Lambat sangat trending nii huuhu -.-

4. VICTORIA PARK
Destinasi: Top Quality Halal Meats - St James, Victoria Park
Info: Nothing much. Terletak dekat dengan pintu masuk foodcourt di Victoria Park ni. Open 7 days in a week, 8.00am - 6.00pm. Antara sumber kalau rasa kau ngidam nak makan sosej besar-besar, nak yg bercheese, black paper ke apa ke, segala benda ada. Nak daging yang fresh dan dijamin halal, datang sini. Harga? Kalau kau Malaysian mungkin boleh runding lah pasai owner kedai ni hati baik duhhh kengkawan je niii huhu. Seingat aku owner dia pun Malaysian kott hah


Sebelum berjalan jauh-jauh lagi, haruslah isi perut dulu. Perut kenyang hati pun senang maaa takdalah emo-emo kang nak shopping lol -.- Em aku lupa apa nama foodcourt ni, tapi memang foodcourt Victoria Park. Kalau kau tiba-tiba mengidam nak nasi lemak Malaysia ke apa ke, kat sini semua boleh dapat. Tak sia-sia datang jauh-jauh kan? Heee 

Haruslah gambar aku sendiri hehehe. Depan kedai meats pun bolehh duhhh (Y)

Hah nahh! Pilih-pilih. Aku tengok gambar ni pun terliur weh sambil membayangkan sedapnya kalau dapat bbq sekarang ni. Geramnyaaaaa uhukk

No no no. Jangan pikir bukan-bukan. Semua benda dalam kedai ni halal ok kalau dah nama pun Top Halal Quality Meats :)

Mommy, Makngah dan Muksu. Tiga belang? Kau rasa?? Hihii. Ni namanya semangat adik kakak bro oi

Hahh kedai meats tu memnag located depan betul dengan foodcourt. Kalau korang nak cari nanti dapat agaklah kot dekat kawasan mana based pada gambar ni. Heeee comel mama I =)

-Okay. Done part 2-