Translate

Thursday, April 9, 2015

BBQ with the family!

Hai. Selama ni update tentang benda-benda random sebab kononnya tak nak share pasal diri dan kehidupan sendiri. Bad feeling?? Uih capui naa hampa ni. Jadinya kali ni nak kongsi aktiviti terkini baru aku. Apa buat? Bbq wehhh. Family? Idok ler. Dengan coursemates aku yang so called my family. Hihihi. Pada post aku yang sebelum ni ada tempek gambaq friends dekat tepi pantai. Tak sangka aku dapat tempek gambar kengkawan sendiri yang serupaaa!! Kahkahkah nice shot! (nak posting up ni baru perasan gambaq comel je sama trolololo)

Introducing, Sal (girl in green bawal), Zira (girl in pink // Leyman's hihi), Ecah (in blue bawal), me (stripes scarf), Leyman (with shades), Jay (with spectacles),  Ona (in black bawal).... and one more person...
Anip (yang memanggang dari awal sampai habis kerja) lol =)

Kali ni Faris tak dapat ikut. Kadet palapes kata kauuu busy memanjang mak jemah oii. 
Mesti duk tanya-tanya mana aku pergi? Dekat mana ktorg buat bbq ni. Cantik ke idok tempatnya. Bersih ke luas ke indah ke. Hah gitteww. Untuk pengetahuan korang, korang dan korang, ktorg buat bbq ni dekat Pantai tanjung Aru. Dekat mana? Dekat Sabah bah, Kota Kinabalu. Dari UMS dengan berkereta mengambil masa kira-kira 10-15minit (without traffic jam). Ngam sangat waktu ktorg pergi ni tak penuh orang pasai hari Rabu orang kerja. Tempat yang cantik dan bersih. Sunset pun korang boleh tengok dari sini dengan jelas. Sangat jelas okay. Cantik. Air yang bersih untuk korang mandi tanpa ragu-ragu. Serius ni. Tak percaya tengok ni hah

Gambar dari Google je mampu pasai dah sibuk sangat makan waktu ni
Bila dah kenyang, berendam lah kita. Lepas berjam-jam berendam, perut kembali lapar. Maka naik ke darat. Memang tunggu sunset jugak waktu ni. Sempat snap beberapa keping gambar walaupun tak nampak sangat sunset nya dah. 
CANDID. Main tibai je gaya pelik-pelik. Well, yang pelik tu lah aku, as usual. 
Fying highhhh (walau tak lompat k)
 Jyeah we had soooo much fun! (okay english). Dari tak kenal, jadi kenal. Bila dah kenal, lepak, keluar, makan sama-sama. Terus jadi rapat. Bila dah rapat, masing-masing dah kenal perangai masing-masing. Mana yang manja, mana yang garang, mana yang kuat sentap (aku), mana yang childish, mana yang sangat prihatin macam bapak. Sekarang, terasa macam ada keluarga sendiri dalam kampus ni. Ada tempat mengadu, ada tempat nak luahkan segala perasaan dan isi hati, ada tempat nak pinjam duit bila terdesak (kikiki), ada bahu yang aku boleh nangis teriak sesuka hati, dan segalanya lah! Mungkin waktu sem 1, semua malu nak tunjuk siapa diri sebenarnya. Konon ayu, konon comel, konon matang, konon gentle, semualah konon kannn. Bila dah jadi so called family ni, no more secrets. Yeay, that's it. Itu yang kita nak dalam sesebuah persahabatan. Walaupun baru sem 2, aku harap sangat persahabatan camni kekal sampai ke akhirnya.

-instrumental ends-

Lepas dah habis tengok sunset, berkemas lah semua. Mandi bersihkan diri. Perut lapaq. Sempat singgah makan dekat Tanjung Lipat pulak (uih banyaknya tanjung kat Sabah ni lol). Tanjung Lipat ni memang sehala perjalanan balik ke UMS so tak jadi masalah. Tanjung Lipat ni jugak port biasa ktorg makan malam ramai-ramai. Sambil makan, sambil tenangkan fikiran dari assignments segala natang tuu (course ktorg sentiasa memenatkan) dengan air laut yang menenangkan. Dengan itu, habis cerita kali ni (lol apa ni cerita tergantung hahahahaha). 

p/s: Sorry not sorry. It's 1030pm now and baru sedar yang aku kena pack up baju dan barang-barang sebab esok ada kem IT di Ranau selama 3 hari. Tunggu aku hingga ke post seterusnya ya! Much love xoxo =)

Sunday, April 5, 2015

DON'T JUDGE

Kadang-kadang runsing memikirkan bila kita rapat dengan sesorang tu membuatkan orang sekeliling kita salah tafsir pasal hubungan kita. Perasaan tu seolah-olah "Eh apa aku buat ni sampai orang pikir lain." Okay, aku bagi contoh;

Situasi: Aku dan B jalan // makan // lepak // shopping sama-sama (boleh jadi berdua atau beramai-ramai)
Kawan: "Weh, mana B? Korang dah couple kan. (dating each other)
And...  I would be like "Whatttttt. Since when duh. Salah faham niiii." Kan lagi elok kalau korang tanya tuan badan dulu instead of making your own assumption pastu duk canang-canang belakang. Hei mind your own skirt dulu boleh? Skirt kau koyak duh (uihh emo pulak)

Sekarang ni lekat dalam kepala korang
"Apabila lelaki dan perempuan nampak rapat, tak bermakna mereka sedang bercinta, berpacaran, berkasihan etc."

Don't judge.

 That's it!

Lagi jadi stress kalau kita ni jenis study in a group, memang ada kawan study group yang hampir setiap hari keluar study sama-sama, lepak makan sama-sama,  jalan sama-sama, ambil gambar sama-sama (dan segalanya sama-sama) but then tiba-tiba boyfriend/girlfriend one of your member ni marah-marah mengamuk sebab jealousy sehinggakan sometimes bonding kau dengan kawan kau tu terganggu dah. Weh? Apahal duh? Kau siapa? Dah kahwin ke? Ni suami kau? Ni isteri kau? I repeat, DON'T JUDGE. Takda siapa nak curi kau punya ni hah weh. 

Kalau dia sayang kau, dia tak lari mana pun.  

So, kau jangan gelabah.

Hah gittew.

-end of story-

Pada pendapat aku, selagi kau belum berkahwin, kau bebas berkawan dengan siapa-siapa, as long as kau tahu batas dan hukum-hakam (terutamanya perempuan). Sebagai pelajar uni, banyak benda kita kena buat sama-sama. Tiada had kawan lelaki-perempuan sebab memang akan ada suatu masa, lelaki perlukan bantuan perempuan dan begitulah sebaliknya. As I said, ingat batas. Dan ini lah masanya untuk kau gain friendships dan rasa woww betapa happening nya persahabatan. This is not the time for you to stay living inside a box and ignore the outside. Gahh! Itu point diaaa. 

Sementara kau masih bebas, enjoy the chances and don't waste it =)



Saturday, March 28, 2015

BUSY GIRL




Hello! Busy?? Yes I am. 

Agak semakin malas nak update life di blog since aku lebih rajin nak post gambar di insta or tweet sahaja. So, do follow my instagram and my twitter for more update (ada ke yang follow cerita aku lol).  Yeah, why not?? ;)



Friday, March 20, 2015


"Bercinta bagai nak rak, tiba-tiba nak kabinet pulak."


Well. Life is totally unexpected. Kau hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan segalanya. Dan sesungguhnya setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya, kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk diri kau.





What to do?? 
Terima segala perkara yang datang dengan hati terbuka dan pikiran positif  =)




Tuesday, February 3, 2015

Comeback kauuu

Hello...
Assalamualaikum...
Ada orang ke???
Emmm
Macam sunyi jeee
*mana tak sunyi kalau dah berbulan aku tinggalkan blog ni well 


Macam princess yang kononnya pemergian dia dirinduiiii sangat kannn hahaha. Okay lah aku takyah nak cerita panjang lebaq sangat lah, this entry is just orang kata macam ala-ala comeback gitu. Yelah busy sangat mengalahkan pekerja yang turun naik pejabat, padahal aku study je pun. Sebenarnya tak lah tiap masa busy tapi bila ada masa free tu aku akan lebih utamakan keperluan yang sangat penting contohnya tidur, tidur dan rehat (farah ilyana memang kuat tidur untuk pengetahuan korang) so bila ada masa nak update blog ni rasa macam idea mengarang tu kurang dan sometimes rasa macam mood typing tu tak sampaaaiii je. So bila aku buka blog ni tak sampai 10 minit aku akan log out buat benda lain. Nampak pemalas kan?

Nak dipendekkan cerita, tetiba rajin nak mengupdate ni sebab iols (bajet FL sgt hihi) tengah semester breaks, so adalah sikit-sikit masa rajin nak blogging (but most of the time I spend with my beloved ones). Dan pada sesiapa yang tak tahu lagi tu, aku sekarang belajar dekat Sabah (fefeeling overseas angatt) for sure aku akan update entry tentang keunikan dan tempat menarik di sabah for those yang tak sampai lagi dekat sana. Aku sendiri pun tak sampai lagi sabah tu kalau bukan sebab further study dekat sana tauuu (whole Malaysia hv been explored except sabah) 

Since entry ni pun just nak ala-ala comeback, so I just make it short. Aku agak entry ni refreshing mood blog aku so aku hanya publish some of my previous posts (sikiiit je bagi suspen) hehehehe. Nanti iols rerajin update lepasni ok? =)

p/s: Anything just contact me on the contact form since comment box is disabled. Tq