Translate

Monday, August 10, 2015

Suka, Sayang, atau Cinta


Hi. Setelah sekian lama dinda mereput, akhirnya dinda kembali ke pangkuan mu duhai kanda blog kesayangan (eh drama sangat pun nak pergi mana kak oi?)

Nothing. Walaupun semester breaks yang sepatutnya masa utuk kita bergembira, tenangkan fikiran, tetapi tidak bagi aku. Kerana ada beberapa hal yang sering bermain di benak fikiran, lagikan memaut hati nan gelisah. Sendiri terkenangkan nasib, siapakah mereka orang di sekeliling aku ketika ini.

Apa tujuan mereka hadir dalam hidupku, adakah membawa kebahagiaan atau membawa pengajaran. Telus atau tidak cinta dan sayang yang diungkapkan. Aku seolah mati dek cinta lama, itu hakikatnya. Namun ku palsukan senyuman yang terukir di depan dia, dia dan dia.

Aku seolah tak pasti apa yang aku mahukan, dan apa yang mereka mahukan. Kerana setiap mereka yang aku sayang dan takut kehilangan, akan tetap pergi dan menghilang. Kau rasa apa yang aku rasakan? Yep some of you might feel me right now.

Aku bodoh untuk membezakan mana yang asli, mana yang palsu, kerana mereka serupa namun isinya berbeza. Jika kehadiran mu itu asli dan ikhlas, doa semoga terbuka hatiku menerima apa adanya engkau. Jika kehadiran mu itu sebaliknya, jika ia palsu dan hanya mainan mata, aku berharap kau berhenti daripada kau akan menyakiti aku pada masa jangkau. Kerana sesunguhnya aku wanita selemah-lemah wanita. Dan aku tak kuat untuk melukai hati yang pernah terluka.


Aku sedar seusia aku hanya satu tujuan yang jitu, iaitu melaksanakan harapan ibubapa yang padu. Namun fitrah manusia, untuk mencinta dan dicinta. Yang ikhlas itu aku alu-alukan, yang sebaliknya itu aku hindarkan. Maaf dan Terima Kasih.


xoxo, farah